top of page

Penamaan calon PRK Pulai berjalan lancar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Aug 26, 2023
1 min read


Proses penamaan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) parimen Pulai pagi ini berjalan lancar.


Cuaca yang baik memudahkan perarakan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat (gambar, kanan sekali) ke Dewan Jubli Intan Johor Bahru.


Kelihatan mengiringi calon adalah Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Khalid Nordin, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan beberapa pemimpin utama lain.


Seawal pukul 9.00 pagi perarakan dimulai dalam jumlah beberapa ratus peserta.


Bendera PH dan BN berkibar megah dijulang para penyokong di samping terdengar sorakan 'Perpaduan', 'Pakatan Harapan' dan lain lain di sepanjang perarakan tersebut.


Kini kesemua calon yang menyerahkan borang pencalonan PRK Pulai sedang berada dalam dewan melaksanakan proses penamaan calon.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page