Penamaan calon di DUN N31 Chukai, Kemaman, Terengganu pagi ini menyerlahkan kerjasama erat antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
DUN Chukai diwakili oleh calon BN, Datul Muhammad Rahim Husain. Pencalonan beliau telah disokong oleh Ketua Cabang KEADILAN Kemaman Nazri Yusof ketika proses penamaan calon hari ini.
Pihak KEADILAN Kemaman turut sama mengiringi calon diwakili oleh Setiausaha Cabang Mohd Saikri Choh, Ketua Wanita Cabang Akhirah Khairani serta Ketua Penerangan Cabang Ahmad Nadhir Yob. Mereka mengiringi calon bersama para penyokong UMNO dan KEADILAN ke pusat penamaan calon.
Menurut Ketua Penerangan cabang, Ahmad Nadhir, kerjasama erat di antara UMNO dan KEADILAN Kemaman akan terus diperkukuh dan diterjemahkan kepada sokongan padu jentera akar umbi untuk memenangkan calon di kerusi N31 Chukai pada Pilihan Raya Negeri kali ini.
Commentaires