
Penamaan calon di P.063 Tambun bersemangat dan meriah diiringi pelbagai kaum.
Lebih 2,000 penyokong yang menunggu sejak pukul 8.00 pagi mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam proses penamaan calon di Dewan Sri Kledang, Institut Latihan Perindustrian, Ipoh pagi ini.
Anwar kelihatan diringi beberapa pimpinan Amanah dan KEADILAN yang akan bertanding di DUN Manjoi, Asmuni Awi juga calon Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.
Para penyokong mengibarkan bendera Harapan dan sepanduk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke 10.
Anwar masuk ke dewan penamaan calon kira kira pukul 9.15 dan proses penamaan calon sedang berlangsung.