Penamaan calon di Pandan, Gombak berjalan lancar
- Suara Keadilan
- Nov 5, 2022
- 1 min read

Proses penamaan calon di parlimen Gombak dan Pandan berjalan lancar biar pun dalam keadaan cuaca mendung pagi ini.
Di P100 Pandan, penamaan calon di Dewan Pandan Indah MPAJ menyaksikan Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli diiringi para penyokong berpakaian merah Pakatan Harapan.
Rafizi sempat bertemu media dan berharap proses penamaan calon seperti yang pilihan raya lepas berjalan lancar dan cuaca baik menjelang tengah hari.
"Dalam pertandingan yang lepas di Pandan tak ada isu, aman.
"Kebimbangan kepada cuaca, saya ingat seperi yang lepas proses penamaan calon berjalan lancar," katanya.

Manakala di P 098 Gombak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang akan mencabar pemimpin kanan Bersatu Azmin Ali. Amirudin tiba awal ke pusat penamaan calon diiringi isteri beliau.
Naib Presiden KEADILAN itu diiringi lebih 1,000 penyokong termasuk NGO Geramm yang datang khas dari Negeri Sembilan untuk menyatakan sokongan.
Amirudin dijangka akan menentang calon GTA Jamaludin Mhd Tahir, Azmin Ali (PN), calon Bebas Zulkifli Ahmad dan calon BN Megat Zulkarnain Omardin.
Comments