
Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke 15 bermula pada pagi ini di kerusi parlimen di seluruh negara.
Di sekitar Wilayah Persekutuan dan sesetengah tempat di Selangor cuaca yang agak baik memudahkan pergerakan ke pusat penamaan calon selepas beberapa tempat hujan pada pagi tadi.
Di Bandar Tun Razak, mantan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama para penyokong berkumpul berhampiran dewan penamaan calon di Institut Latihan Dewan Bandaraya, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur.
Diiringi bacaan doa dari para penyokong iringan akan bergerak di pusat penamaan calon pada bila bila masa.

Manakala di parlimen Pandan, penyokong Pakatan Harapan dilaporkan mulai tiba untuk mengiringi Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli yang akan melakukan proses penamaan calon di Dewan Pandan Indah, MPAJ.
Di pusat menaamaan calon parlimen Sungai Buloh, mantan penyandang kerusi parlimen Sivarasa Rasiah hadir memberi sokongan kepada calon KEADILAN Ramanan Ramakhrishnan.