top of page

Pemulihan pasca banjir Fasa 2 Selangor bermula



Selangor masuk ke Fasa 2 pemulihan banjir dengan lebih banyak program gotong royong akan dilakukan antara pihak berkuasa tempatan, KDEB Waste dan orang ramai.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, program pembersihan banjir itu juga akan dibuat bersama agensi Kerajaan Persekutuan.


"Pihak KDEB Waste akan menyegerakan pembersihan dan gotong royong komuniti secara besar besaran dalam bulan Februari 2022 bagi menyelesaikan dengan segera (masalah pembersihan) sebelum menumpukan ke beberapa lokaliti yang terjejas teruk dan kita juga berharap semua proses ini berakhir menjelang Mac 2022.


"Fasa 2 kita bersihkan baki kawasan yang tuan rumah belum masuk (bersihkan rumah). Kita juga bersihkan longkang yang tersumbat oleh sampah sarap dan lumpur," katanya.


Selain itu, kata MB, baucar persekolahan melibatkan bantuan RM100 kelengkapan sekolah juga akan diberikan kepada 40,000 murid yang keluarga mereka menjadi mangsa banjir. Bantuan akan mula diagihkan pada 18 Februari ini.


Menurut Amirudin lagi, kerja kerja pemulihan insfrastruktur juga giat dijalankan melibatkan JKR terutama pembaikan jalan dan cerun yang runtuh.


"Pihak JKR sedang giat laksana projek, misalnya kerja pembersihan runtuhan jalan Bukit Paras ke Kuala Kelawang yang memerlukan 6 bulan. Orang Asli sekarang mempunyi akses masuk tetapi kereta belum dibenarkan.


"Batu 19 jalan Sg Lui kita peruntukkan RM2.8 juta. Kerja penggantian jambatan Sg Jenderam, Dengkel. Juga RM31.7 juta untuk laksanakan kerja JKR di Hulu Langat, Sg Lalang, Batu Arang, Selayang Kepong dan Petaling," katanya.


Bagi pembaikan rumah pula, kata beliau, Exco Perumahan, Rodziah Ismail telah dipertanggungjawabkan dengan mengambil kita 10,000 rumah yang perlu dibaiki.


"YB Rodziah akan melaraskan bantuan perumahan. Kita telah mengenalpasti jumlah besar bilangan kerosakan keseluruhan 10,554 buah rumah. 10,510 baik pulih dan bina baharu 44. Ini jumlah yang telah diselaraskan bilik gerakan negeri.


"Sebahagian besar pembinaan kita dapat komitmen Kementerian Perumahan dan pusat zakat. Baik pulih kita lihat senarai KPLB, KPKT, ada runtuh sebahagian rumah, ada pecah sahaja. Saya yakin YB Rodziah akan maklumkan dalam masa terdekat," katanya.


Keseluruhan proses baik pulih, Amirudin memberitahu, kira kira RM400 juta nilai insfrastruktur di Selangor telah musnah dan Kerajaan Negeri akan membaik pulih kesemuanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page