top of page

Pemulihan ekonomi perlu utamakan dasar basmi kemiskinan



Pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid 19 tidak boleh lagi mengikut acuan lama pada era norma baharu ini.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu dasar ekonomi yang lebih adil perlu diperkenalkan. Dasar mencipta tokoh-tokoh ekonomi Melayu dan kemudian diberi perniagaan besar untuk mewujudkan peluang pekerjaan telah menyebabkan bercambahnya kroni-kroni yang dibela untuk tujuan tertentu oleh ahli-ahli politik.


Menurut Anwar, tiba masanya dasar ekonomi yang benar-benar membasmi kemiskinan dan peduli rakyat dijadikan dasar utama negara.


"Program ekonomi, yang diutamakan harus pertumbuhan, pelaburan mesti datang, pelancongan mesti ada, ekonomi digital dan sebagainya.


"Namun persoalannya kita beri insentif kepada siapa, kepada kroni atau kepada rakyat? Rakyat terbanyak majoriti miskin. Oleh itu program basmi kemiskinan harus diberi penekanan yang besar.


"Jurang antara kaya dan miskin semakin bertambah. Kita ada Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dibuat oleh Tun Razak. Namun sekarang kita lihat lebarnya jurang golongan maha kaya Melayu dengan miskin keparat Melayu.


"Dasar ekonomi seharusnya bertujuan untuk mengurangkan (kesenjangan). Yang pertama membasmi kemiskinan, kedua kecilkan jurang pendapatan," kata Anwar dalam sesi siaran langsung di Facebook rasmi beliau malam tadi.


Selain itu, ahli parlimen Port Dickson itu juga tidak mahu kemiskinan dan kekayaan dihubungkaitkan dengan kaum. Terbukti, katanya selepas DEB, kemiskinan antara sesama kaum sama teruknya dengan antara kaum, hasil daripada perancangan ekonomi yang tidak telus sejak beberapa dekad lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page