top of page

Pemukiman Jemaah Menteri perkukuh tadbir urus Kerajaan Perpaduan - Anwar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 15, 2023
1 min read


Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan hari ini dalam kalangan 27 Menteri dan 10 pegawai kanan kerajaan diadakan di Kompleks Seri Perdana mencapai tujuannya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemukinan tersebut berhasil memperkukuhkan kesepakatan dan kebolehupayaan dalam kalangan kabinet untuk mengorak langkah sebagai satu pasukan.


"Pemukiman ini diadakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan serta kesepaduan kebolehupayaan di kalangan anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.


"Program mencakup aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera Kerajaan," ujar Anwar.


Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Korporat dan Antarabangsa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menyatakan pemukinan itu diadakan selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Jemaah menteri mendengar taklimat yang disampaikan

"Program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera Kerajaan.


"Aspek-aspek ini merangkumi Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Persidangan Antarabangsa dan Kepentingan Negara, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme, Pembangunan Lestari, Senario Ekonomi dan Cabaran, serta taklimat berkaitan Komunikasi Media," kata kenyataan itu.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali hadir menyampaikan taklimat Pelaksanaan KPI Anggota Jemaah Menteri semasa sesi permukiman tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page