top of page

Pemukiman Jemaah Menteri bakal cari ikhtiar lonjak ekonomi negara



Sesi pemukiman Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Jemaah Menteri yang dijadualkan hari ini akan memberi tumpuan mencari ikhtiar baharu melonjakkan ekonomi negara.


Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, pemukinan kali kedua ini turut akan meneliti pelaksanaan dasar-dasar yang telah dilancarkan kerajaan sepanjang tahun lepas.


"Kita akan lihat juga ke hadapan ini, apa lagi pelaksanaan dasar yang boleh bawa kita terus maju ke hadapan, apa langkah-langkah spesifik yang diperlukan.


"Kita sudah ada prakarsa dari segi peralihan tenaganya (Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara), transformasi digitalnya, pelaburan tetap dan kita nak cari benda baharu untuk tingkat kekuatan negara," katanya dipetik.


Sesi pemukiman Perdana Menteri bersama barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan diadakan selama dua hari di Cyberjaya.


Sesi pemukiman pertama diadakan di Putrajaya pada Jan tahun lepas antara lain membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian di dalam Kerajaan Perpaduan.


Sementara itu jelas Anwar, pemukiman kali ini turut akan memberi tumpuan untuk menoktahkan kemiskinan tegar dan memastikan tiada negeri akan tercicir dari usaha itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page