top of page

Pemuda PH Sabah perkasa kerjasama antara parti menjelang PRN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7, 2024
  • 2 min read


Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung seawalnya hujung tahun 2024 memerlukan gerak kerja yang teratur dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH).


Sehubungan itu Pemuda PH Sabah hari ini mengadakan mesyuarat bersama bagi merancang strategi dan memperkukuh jentera untuk menghadapi PRN yang boleh diisytiharkan pada bila bila masa.


"Pemuda PH Sabah akan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perjuangan PH terus relevan di hati rakyat.


"Setiap pergerakan Pemuda parti komponen akan menjadi penyampai mesej atau informasi berhubung usaha, dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan Madani," kata ketua ketua Pemuda PH dalam kenyataan bersama petang ini.


Mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai isu yang memanas di Semenanjung berkaitan 3R (kaum, agama, institusi raja) yang cuba dibawa masuk ke Sabah oleh pihak tertentu.


Pemuda PH Sabah menolak keras politik 3R yang bukan sebahagian budaya asal masyarakat Sabah yang saling hormat menghormati antara berbilang etnik di negeri itu.


"Pemuda PH Sabah menolak berita palsu atau fitnah yang sengaja direka oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.


"Hasil perbincangan mesyuarat Pemuda PH Sabah juga menyentuh mengenai pendirian menolak keras fahaman politik ekstrem berkaitan isu 3R.


"Pemuda PH Sabah berharap, pihak berkuasa akan bertindak tegas, pantas dan cekap dalam perkara ini kerana ia dibimbangi boleh mencetuskan huru hara sekiranya tidak ditangani dengan sebaiknya," kata mereka.


Selain itu, perbincangan menyentuh mengenai isu kos sara hidup yang perlu dijadikan salah satu isu keutamaan Kerajaan Madani.


Juga Pemuda PH Sabah menuntut agar hak-hak Sabah terus dihormati dan dilaksanakan terutamanya melibatkan isu 40% hasil cukai.


Mesyuarat juga menyentuh mengenai persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi Parlimen yang dikirakan sudah cukup tempoh.


"Meja bulat perbincangan bersetuju agar tindakan persempadanan semula Parlimen Sabah dan Sarawak dilaksanakan secepat mungkin dan kami menuntut komposisi 1/3 (perwakilan) dalam Dewan Rakyat.


"Akhir sekali, pergerakan Pemuda daripada semua parti komponen PH Sabah memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menerajui Kerajaan Perpaduan," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Zaidi Jatil; Ketua Pemuda Amanah Sabah, Salleh Jatil; Ketua Dapsy, Vivian Wong dan Ketua Pemuda UPKO Pusat, Felix Joseph Saang.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page