top of page

Pemuda PH jamin bantu calon BN menangkan calon Perpaduan


Oleh: Abdullah Zaid


Sayap pemuda parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan Pahang optimis untuk memberikan dokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.


Ketua Pemuda Amanah Bentong, Ahmed Wafiuddin Shamsuri berkata beliau yakin BN dan PH bersedia menghadapi PRK itu kerana gabungan tersebut mempunyai tahap kebersamaan yang kukuh dan kuat seperti PRK di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang lalu.


"Kemenangan yang ditunjukkan bagi (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram memihak kepada Kerajaan Perpaduan.


"Justeru, saya yakin komitmen daripada jentera PH mampu membantu kemenangan BN untuk mempertahankan DUN Pelangai," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Dalam masa yang sama, kata Naib Pemuda Amanah negeri itu, pengundi Pelangai dijangka akan mengikut jejak pengundi Johor yang memilih mengekalkan Kerajaan Perpaduan sekali gus menyekat gelombang hijau daripada 'menenggelamkan' DUN tersebut.


"Saya harap pengundi DUN Pelangai memilih dan mempertahankan kemenangan di kerusi ini demi mencapai kestabilan politik yang berpanjangan.


"Ia juga dapat mengekang gelombang hijau dan menjadi isyarat politik adu domba tiada tempat di kawasan ini," jelasnya lagi.


DUN Pelangai diisytihar kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun terbunuh dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, bulan lalu.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan Datuk Amizar Abu Adam daripada Barisan Nasional (BN) bertembung dengan Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page