top of page

Pemuda PH Bangi lapor polis fitnah azan Subuh tidak kedengaran

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
4 hours ago
1 min read
Pemuda PH membuat laporan polis terhadap fitnah melampau memperalatkan agama Islam
Pemuda PH membuat laporan polis terhadap fitnah melampau memperalatkan agama Islam

Pemuda Pakatan Harapan Bangi malam tadi membuat laporan polis terhadap seorang individu berhubung tohmahan bahawa azan Subuh tidak lagi kedengaran di masjid dan surau di kawasan Bangi yang diwakili Ahli Parlimen dari DAP.


Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi.


Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, tindakan itu diambil susulan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah politik terkait kesucian agama Islam.


"Saya berharap laporan polis sekaligus menoktahkan fitnah politik seperti ini," katanya dalam muat naik di media sosial.


Syahredzan turut berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya berhubung laporan yang dibuat.


Sebelum ini, seorang pengguna TikTok mendakwa sudah tiga hari azan Subuh di kawasan sekitar Bangi tidak kedengaran dari surau atau masjid berdekatan.


Bagaimanapun hantaran asal telah hilang daripada akaun individu berkenaan, namun tangkap layar masih tersebar luas di media sosial.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page