top of page

Pemuda Perpaduan sambut baik konvensyen, kukuh kerjasama



Oleh: Abdullah Zaid


Konvensyen Perpaduan Perak hari ini mempamerkan semangat keserasian antara komponen Kerajaan Perpaduan.


Acara konvensyen yang julung kali diadakan itu turut menumpu kepada agenda memperkukuhkan kerjasama di peringkat akar umbi komponen parti di Perak.


Justeru, Suara Keadilan melakukan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas daripada Pemuda Perpaduan untuk merealisasikan hasrat tersebut.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Parit, Mohammad Haidir Mahmud (gambar, atas), kerjasama antara pemuda blok perpaduan perlu dipergiatkan melalui pembabitan program secara bersama.


Jelasnya, anjuran program antara pergerakan pemuda itu mampu mengukuhkan lagi keserasian antara parti.


"Tahun lalu, saya sendiri anjurkan program sukan ragbi dan menjemput wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) untuk merasmikan program tersebut.


"Anjuran program secara bersama ini penting supaya keserasian antara rakan-rakan komponen yang lain dapat dizahir," katanya.


Manakala Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang, Mohd Adri Adha Muhamad pula berkata, gerak kerja penerangan ke peringkat akar umbi perlu digerakkan untuk memastikan kebolehmenangan selesa buat blok Madani menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Mohd Adri Adha Muhamad

"Saya berpandangan konvensyen ini mampu mewujudkan titik kebersamaan.


"Ia sekali gus dapat menyusun gerak kerja yang terperinci dan teratur bagi memastikan persiapan kita menjelang Pilihan Raya Umum akan datang lebih tersedia," ujarnya ketika ditemui.


Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kampar, Mohammed Hafiz Mohd Sharif berharap kerjasama utuh itu dapat menguatkan kemampuan blok Perpaduan merealisasikan harapan rakyat.


"Jika kita lihat Kabinet Menteri pada ketika ini begitu bersungguh-sungguh membuat perubahan dari segi dasar demi memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat terbesar.


"Jadi harapan saya, rakyat perlu memberi peluang Kerajaan Perpaduan untuk membuktikan kemampuan mereka mengemudi negara memandangkan kerajaan ini baru sahaja menjengah usia setahun memegang Putrajaya.

Mohammed Hafiz Mohd Sharif

Beliau yang juga Bendahari AMK negeri berharap masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pembangkang untuk menganggu gugat kestabilan kerajaan.


"Saya ingatkan kepada orang ramai untuk tidak mendengar suara-suara ataupun momokkan jahat yang cuba menggangu gugat kestabilan politik negara.


"Apalah salahnya sekiranya mandat itu diberikan kepada Kerajaan Perpaduan untuk membuktikan kepada rakyat apa yang boleh ditawarkan," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page