top of page

Ketua Pemuda BN N Sembilan nafi keluar kenyataan jawatan MB



Pemuda UMNO Negeri Sembilan menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.


Ketua Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda BN Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin, yang namanya digunakan konon mengeluarkan kenyataan palsu tersebut berkata, tiada sebarang kenyataan telah dikeluarkan oleh sayap pemuda itu.


"Viral satu kenyataan media yang kononnya dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Negeri Sembilan.


"Untuk makluman tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan di Facebook Pemuda UMNO Negeri Sembilan.


Beliau juga mengesan ejaan namanya telah disalah eja di dalam kenyataan tersebut.


"Untuk makluman penulis dan pereka kenyataan palsu ini, saya mohon untuk perbetulkan semula ejaan sebenar nama saya," katanya sinis.


Ejaan dalam kenyataan palsu itu ditulis sebagai "Mohamad Fadil Mohd Zin" sedangkan nama ejaan sebenar nama beliau ialah Mohamad Fadil Md Zin.


Dalam kenyataan palsu itu kononnya Ketua Pemuda BN Negeri Sembilan mahu Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Jalaludin Alias diangkat sebagai MB yang baharu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page