top of page

Pemuda AMANAH lapor polis minta pempengaruh PN disiasat



Oleh: Abdullah Zaid


Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan hari ini tampil membuat laporan polis berkenaan parodi provokasi pempengaruh Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa undang-undang Islam sudah dimansuhkan di negara ini.


Setiausahanya, Muhammad Nor Hafizudin berkata, pempengaruh yang dikenali sebagai DD Chronicles jelas menghina dan mempermainkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.


"Content parodi yang dibuat DD Chronicle itu jelas biadap dan memperlekehkan sistem perundangan negara.


"Justeru, kami daripada Pemuda Amanah membuat laporan polis agar tindakan diambil ke atas pempengaruh ini yang jelas menghina undang-undang kita," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.


Jelasnya, biarpun DD Chronicles atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 44, memohon maaf atas video tersebut namun sayap pemuda Amanah itu berpandangan laporan polis perlu diambil bagi mengelakkan ia menjadi satu budaya.


"Kita tidak mahu sekiranya membuat salah dan permohonan maaf ia dibiar begitu sahaja.

"Seharusnya sebagai pempengaruh mesti membuat hantaran video yang membantu masyarakat dan bukan memecah belahkan keharmonian.


"Apapun yang hendak dimuat naik perlulah berdasarkan maklumat yang tepat dan sahih bukannya sekadar sangkaan semata-mata," ujarnya lagi.


Terdahulu, DD Chronicle dalam video berdurasi 3 minit 55 saat itu mendakwa kesalahan pengambilan minuman keras, berjudi dan meliwat di kalangan orang Islam tidak menjadi suatu kesalahan.


Tindakan pempengaruh itu dilihat memperlekehkan keputusan para hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan tidak menghormati semangat Rukun Negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page