top of page

Pempengaruh bayar RM10,000 kompaun kepada MCMC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima bayaran kompaun sebanyak RM10,000 daripada Mohamad Shafiq Abd Halim susulan tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadapnya.


MCMC memaklumkan, individu tersebut didapati memuat naik kandungan bersifat jelik dan melampau yang menyentuh sentimen kaum dan agama menerusi aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu.


''Tindakan ini diambil hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] serta setelah memperoleh izin pengkompaunan daripada Jabatan Peguam Negara.


''MCMC memandang serius penyalahgunaan platform digital bagi menyebarkan kandungan berunsur perkauman, keagamaan ekstrem atau yang menyentuh institusi negara,'' kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.


Justeru pengguna media sosial diingatkan agar sentiasa beretika, berhemah dan bertanggungjawab dalam setiap kandungan yang dimuat naik atau dikongsi.


MCMC dalam kenyataan itu menegaskan komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, terkawal dan kondusif, seiring dengan usaha memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat di Malaysia.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page