Pemisahan kuasa Peguam Negara - Pendakwa Raya bakal dibentangkan
- Suara Keadilan

- Aug 15
- 1 min read

Kerajaan MADANI terus mengorak langkah untuk menjayakan agenda reformasi undang-undang termasuk berkaitan cadangan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan untuk pemisahan kuasa tersebut dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri hujung bulan ini.
"Langkah ini telah lama menjadi tuntutan rakyat dan kini berada pada fasa akhir sebelum dimuktamadkan.
"Pembentangan akan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)," katanya dipetik di Dewan Rakyat.
Anwar berkata begitu bagi menjawab soalan seorang Ahli Parlimen mengenai undang-undang lapuk yang akan dipinda atau dimansuhkan.
Mengulas lanjut Anwar menegaskan, Kerajaan MADANI sejak diberi kuasa memegang tampuk pentadbiran telah melaksanakan 23 reformasi undang-undang.
Ia termasuk dua pindaan Perlembagaan yang antara lain pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak dan penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
"Ini adalah rekod dua setengah tahun pentadbiran Kerajaan MADANI yang belum dapat ditandingi oleh kerajaan sebelum ini," tegasnya.
Menyentuh mengenai undang-undang anti lompat parti, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan kerajaan untuk melengkapkan perundangan tersebut.









Comments