top of page

Pemisahan kuasa AG-Pendakwa Raya bakal tingkat ketelusan institusi keadilan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 15
1 min read


Keputusan penting Kerajaan Madani berkaitan pemisahan bidang kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya dapat memastikan proses pendakwaan negara lebih bebas daripada pengaruh politik.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata, langkah itu bakal memperkukuh akauntabiliti institusi undang-undang khususnya membabitkan kebertanggungjawaban AG sebagai penasihat undang-undang negara.


"Yang lebih penting adalah peranan AG untuk kebertanggungjawaban dalam Mesyuarat Kabinet dan di Parlimen. Itulah matlamat utama.


"Kalau tidak, saya jawab bagi pihak (AG) dan setiap kali saya jawab, saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut daripada jawapan yang telah saya terima," katanya dipetik.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perutusan Tahun Baharu 2026 baru-baru memaklumkan, rang undang-undang pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijadual dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 19 Januari ini.


Implikasi pengasingan kuasa itu akan menyebabkan Peguam Negara tidak lagi mempunyai bidang kuasa dalam aspek pendakwaan seperti yang diperuntukkan ketika ini, sebaliknya hanya berperanan untuk menasihati kerajaan dari aspek perundangan.


Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar minggu lalu turut menyambut baik langkah itu dengan menegaskan ia mampu menangkis persepsi bahawa Pendakwa Raya menjalankan fungsinya atas arahan dan pengaruh eksekutif.


Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab pula menyifatkan RUU berkenaan sebagai reformasi institusi yang diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai anggapan tentang ketelusan institusi keadilan di Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page