top of page

'Pemimpin utama Pas berada di Perlis, bukan KKB'



Meskipun proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) semalam berjalan lancar dan diiringi oleh pemimpin utama parti dari kedua dua koalisi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional yang meletakkan calon, namun ada sesuatu yang agak aneh apabila pimpinan utama Pas tidak kelihatan.


Hal itu diulas oleh Ketua Penerangan KEADILAN yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil.


Menurut beliau sedikit aneh apabila pada hari penamaan calon, ketika laskar siber Pas-PN bersungguh sungguh membelasah Pakatan Harapan (PH) namun pemimpin utama Pas banyak berada di utara Semenanjung, terutama Perlis, tempat Fahmi melakukan lawatan kerja.


"Saya ada sedikit pemerhatian, saya lihat pimpinan utama Pas semua berada di Perlis, sekali dengan saya.


"Jadi bagi pimpinan utama Pas, saya tidak pasti apa maksudnya apabila mereka tidak ada bersama di KKB.


"Apa pun saya sendiri telah hadir baru baru ini dan kita lihat peluang bagi calon PH dan Kerajaan Perpaduan cukup cerah, " katanya.


Fahmi yang telah turun ke KKB pada hari pengumuman calon PH pada 24 April lalu berharap agar pengundi di DUN berkenaan keluar beramai ramai untuk menunaikan tanggungjawab dan memilih calon Kerajaan Perpaduan pada 11 Mei depan.


"Kita pohon ramai pengundi untuk kembali dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk demokrasi dan memilih calon yang terbaik pada 11 Mei nanti," katanya lagi.


Untuk rekod, terjadi keretakan hubungan di antara Pas dan Bersatu kebelakangan ini.

Apatah lagi pemerhati politik berkata pemimpin utama kedua dua buah parti didapati semakin jarang bertemu.


Di PRK KKB, amat jelas Bersatu mengharapkan jentera parti itu yang telah bertapak kukuh sejak era Pakatan Rakyat lagi terutama di DUN Batang Kali yang bersebelahan, untuk Bersatu menghadapi kempen PRK.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page