top of page

Pemimpin Sabah saran kerajaan tingkatkan edaran diesel, petrol



Oleh: Abdullah Zaid


Pemimpin KEADILAN Sabah menyeru agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengkaji semula kuota pembekal minyak subsidi ‘Community Drumming’ dan tempoh pengedaran, khususnya di Sabah.


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, tindakan itu susulan keluhan masyarakat tempatan yang menghadapi masalah kekurangan bekalan bahan api itu terutamanya menjelang musim akhir tahun.


"Saya mendapat aduan daripada penduduk yang merungut apabila setiap POS (Pusat Jualan) yang dilantik menjual minyak Subsidi Drumming yang terpaksa menutup POS atas sebab kuota dan tempoh.


"Oleh itu, penjualan minyak Subsidi Drumming kepada rakyat tidak dapat diteruskan atas sebab yang sudah menjadi kebiasaan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru Raymond berharap agar KPDN memastikan bekalan bahan api itu sebagai keutamaan bagi memudahkan pergerakan masyarakat di pedalaman Sabah.


"Penduduk di pedalaman Sabah, memerlukan subsidi minyak ini untuk enjin bot yang menjadi pengangkutan utama di daerah kecil Pagalungan dan di Mukim Pensiangan.

"Sebagai tambahan, jarak antara POS penjual minyak Subsidi Drumming dengan stesen minyak adalah lebih daripada 100 KM.


"Sehubungan itu, saya berharap supaya perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan Perpaduan MADANI tidak mengulangi sistem kerajaan yang terdahulu yang telah terbukti menyusahkan rakyat di pedalaman Sabah," ujarnya lagi.


Dalam hal berkaitan, semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, memberi jaminan isu bekalan minyak diesel akan diselesaikan dalam tempoh 24 hingga 48 jam ini.


Tambahnya, pihak Petronas menghantar bekalan tambahan kepada stesen yang terjejas dalam tempoh itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page