top of page

Pemimpin PN didakwa tandus idea, hanya pandai salahkan Anwar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 2, 2023
1 min read


Pemimpin pembangkang gagal menilai dengan waras prestasi baik ditonjolkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya tahu menyalahkan kerajaan.


Ketua Komunikasi AMANAH Perak, Azhar Rahman merujuk kenyataan sinis Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa kerajaan dibentuk Pakaytan Harapan dan BN sebagai “kerjasama munafik” hanya membuktikan pembangkang tiada modal politik membina sehingga terpaksa “kitar semula cerita lama”


"Walhal kronologi dan proses pembentukan kerajaan telah dijelaskan berulang kali, malah PN juga dijemput untuk menganggotai kerajaan tetapi memilih untuk tidak bersetuju titah nasihat Yang Di-Pertuan Agong ketika itu.


"Dia perlu sedar bahawa kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan inilah yang membawa kestabilan politik dalam negara dan berjaya meyakinkan pelabur luar untuk datang melabur. Sebanyak RM132.6 bilion pelaburan berjaya dibawa masuk sehingga Jun 2023," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu tambahnya, walaupun Kerajaan Perpaduan cuba melakukan yang terbaik dalam pentadbirannya, pembangkang terus cuba memperdaya rakyat dengan tohmahan serta persepsi buruk yang disebarkan.


"Kerja keras perdana menteri dan kabinet jelas membawa imej yang sangat baik di mata dunia


"Tetapi tak dapat dinilai dengan waras oleh PN yang hanya tahu menyalahkan perdana menteri dalam semua hal.


"Saya nasihatkan Pemuda PN supaya nilai dan kritik kerajaan dengan berpandukan fakta dan bentangkan apa idea kamu. Bukan sembang kosong," katanya.


Sehubungan itu, Azhar turut menggesa pengundi di pilihan raya kecil (PRK) Pelangai dapat menilai kualiti pemimpin dengan melihat rekod kerja dan idea yang dikemukakan.


"Jangan terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan untuk menakut-nakutkan pengundi khususnya orang Melayu.


"Jentera PH-BN akan pastikan PN tumbang di Pelangai sebagai isyarat jelas sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang komited menjaga kebajikan dan kemajuan rakyat. Bukan cakap kosong yang diulang-ulang seperti dilakukan Pemuda PN," kata Azhar lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page