top of page

Pemimpin pembangkang "lapar kuasa", perlekeh pilihan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 2 min read
ree

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail (gambar) menyifatkan tindakan Presiden Malaysian Advancement Party (MAP), P Waythamoorthy dan beberapa pemimpin pembangkang yang mempertikai kedudukan sah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “lapar kuasa” dan tidak berpijak di bumi nyata.


Beliau berkata, hujah yang dikemukakan dalam sidang media Waythamoorthy baru baru ini adalah dangkal, berulang-ulang, dan langsung tidak berpaksikan fakta mengikut Perlembagaan Persekutuan.


"Dalam keadaan negara ini sedang berduka dengan isu melibatkan adik Zara, isu pemulihan ekonomi dan isu pembanggunan semula kehidupan rakyat yang selama ini terpisah dari sikap pemerintahan terdahulu, masih ada pemimpin pembangkang yang "lapar kuasa" dan cuba terus menjadikan isu berkait Perlembagaan ini dimainkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Siti Aishah menegaskan, rakyat sedar bahawa kepedulian kerajaan pada waktu ini menjadi harapan mereka untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul.


Justeru beliau menasihatkan Waythamoorthy serta pemimpin pembangkang agar tidak memperalatkan rakyat demi cita-cita politik peribadi mereka.


"Saudara waythamoorthy boleh mencuba semula (menggantikan kerajaan) dalam pilihanraya akan datang untuk membuktikan pemikiran dan "lapar kuasa" yang dimainkan ini diterima rakyat atau tidak," katanya.


Menurutnya, tahun ini menandakan tiga tahun kepimpinan PM Anwar yang berada di tanda aras terbaik di ASEAN, dan rakyat semakin yakin bersama Kerajaan Perpaduan untuk membawa Malaysia ke arah memgembalikan kegemilangan 'harimau Asia'.


"Kepada pemimpin yang "lapar kuasa" pilihanraya berbaki sekitar 2 tahun dari sekarang jangan perlekehkan rakyat dengan cara kamu berfikir kerana rakyat kini segar bersama Madani," kata beliau lagi.


Pada 12 Ogos lalu, Waytha memfailkan saman pemula terhadap Anwar mendakwa statusnya sebagai anggota Parlimen dan Perdana Menteri melanggar Perlembagaan.


Waytha dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu memohon pengisytiharan bahawa kehilangan kelayakan Anwar sebagai ahli Dewan Rakyat “tidak pernah dibatalkan” oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page