top of page

Pas perlu namakan Pengerusi PN, hadapi kerenah parti komponen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 59 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Parti utama pembangkang, Pas seharusnya berani mengumumkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disebalik kemelut yang melanda pakatan pembangkang itu susulan peletakan jawatan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin pada 1 Januari lalu.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad berpendapat, Pas yang sebelum ini mendakwa mempunyai 'berlori' calon perdana menteri seharusnya mempamerkan kewibawaannya kepada para penyokong dengan meletakkan seorang pemimpin berkaliber untuk memimpin PN bagi menunjukkan keseriusannya dalam mengambil alih pentadbiran negara melalui tokoh setanding Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Secara logiknya kalau calon PM ramai dalam Pas, tak susah pun nak kemukakan satu nama sebagai Pengerusi PN yang baharu.


"Tapi isunya sekarang ini, Pas sendiri berpecah dan mempunyai masalah dalaman. Pas sendiri tidak yakin dan tidak menamakan Presidennya, Hj Hadi sebagai Pengerusi PN.

Faezuddin Puad
Faezuddin Puad

"Dalam sidang media baru-baru ini Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi PN," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Ketua Cabang KEADILAN Pulai itu beranggap bahawa Pas seolah-olah tidak bersedia untuk mentadbir negara selepas dihimpit beberapa kontroversi.


Katanya, sikap Pas yang tidak tegas menghadapi kerenah Bersatu dan sering bertelingkah sehingga terbubarnya Pakatan Rakyat dan Muafakat nasional sebelum ini hanya menunjukkan kelemahan parti itu yang belum layak menerajui negara.


"Calon PM tak ada. Lepas itu bergaduh dalam setiap gabungan yang mereka sertai, baik bersama Pakatan Rakyat (PR), Muafakat Nasional (MN) dan sekarang PN," tempelak beliau.


Terbaharu, berdasarkan laporan Malaysiakini, pemimpin parti kompnen PN yang bermesyuarat di kediaman Muhyiddin Yassin baru baru ini didakwa bersetuju terhadap cadangan pemerkasaan Majlis Presiden dan pembentukan Majlis Eksekutif dan sekaligus memansuhkan jawatan Pengerusi PN.


Menurut sumber, prinsip asas itu dicapai ketika pertemuan antara Presiden Bersatu dengan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.


Melalui perbincangan itu, dakwa sumber dalaman, kata sepakat dicapai untuk setiap parti komponen mengemukakan draf pindaan Perlembagaan PN.


Draf itu akan diselaraskan sebelum dibawa ke parti masing-masing dan seterusnya ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page