Pemimpin Pas tidak wajar komen keliru subsidi diesel bersasar
- Suara Keadilan
- Jun 17, 2024
- 1 min read

Pemimpin Pas Terengganu tidak wajar memuat naik komen mengelirukan berhubung polisi penyasaran subsidi diesel yang dilakukan Kerajaan Madani ketika ini.
Menurut Ketua Komunikasi KEADILAN Cabang Kemaman, Mohd Aizad Safwan Abdul Majid, muat naik ADUN Chukai dari Pas, Hanafiah Mat beberapa hari lalu yang menyindir berlaku kenaikan harga di stesen minyak akibat subsidi diesel ditarik hanya menggambarkan kecetekkan pemikiran pemimpin parti Islam itu.
"KEADILAN Kemaman mengecam posting atau muat naik YB Chukai merangkap Exco Terengganu YB Hanafiah Mat di Facebook beliau yang menyindir kenaikan harga diesel.

"KEADILAN Kemaman beranggapan ini satu posting berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat. Sebenarnya subsidi diesel tidak ditarik, hanya diubah kepada SKDS
"Kenyataan YB ini jelas mengelirukan rakyat dan juga berniat jahat," katanya.
Menurut Aizad lagi, sebagai Exco Terengganu, Hanafiah sepatutnya mempunyai minda yang lebih berkualiti daripada para penyokong biasa Pas.
Kata beliau, komen pemimpin Pas Terengganu itu hanya menunjukkan kurangnya kualiti minda pemimpin yang memerintah negeri itu.
"Sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri tidak patut beliau bertindak seperti penyokong Pas yang tidak mempunyai maklumat yang betul.
"Ini mengecewakan dan menghilangkan keyakinan rakyat untuk melihat satu barisan kepimpinan berkualiti," katanya lagi.
Tegas Aizad, Pas tidak mempunyai barisan kempinan berkualiti kerana pimpinan dan penyokong mempunyai tahap minda yang sama sahaja
Comments