top of page

Pemimpin Pas T'ganu ketinggalan, pelajar IPT telah lama dibenar berpolitik



Oleh: Akmal Manaf


Kenyataan Exco Kerajaan Negeri itu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mempersoalkan pertemuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat bersama Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) baru baru ini dikritik oleh Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob.


Ahmad Nadhir menyifatkan kenyataan pemimpin Pemuda Pas itu dangkal dan ketinggalan zaman dalam memahami pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 2015 berkenaan penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam arena politik.


Sebelum ini, dalam satu kenyataan di Facebook bertajuk 'Jangan Rosakkan Institusi Pendidikan', Muhammad Khalil mengecam, antaranya pertemuan Rozi Mamat bersama MPP UniSZA dengan mengatakan pemimpin UMNO itu telah bermain politik di kampus IPT.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir yang juga mantan Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman mengingatkan Khalil bahawa pada waktu ini mahasiswa IPT telah diberi kelonggaran untuk terlibat secara aktif dalam politik.


"Datuk Rozi (dalam hal ini) juga telah mengesahkan bahawa pertemuan beliau bersama MPP UniSZA itu berlangsung di luar kampus, dan beliau hadir sebagai Pengerusi Ketengah Jaya Sdn Bhd," katanya dalam kenyataan.


Berkenaan dakwaan berlaku pembatalan program Khalil dan Menteri Besar Terengganu bersama pelajar UniSZA, kata Nadhir, Rozi telah pun menjelaskan bahawa pihak beliau tidak tahu menahu berhubung isu tersebut.


"Datuk Rozi tidak tahu tentang pembatalan program bersama pelajar yang melibatkan Muhammad Khalil dan Menteri Besar.


"Kenyataan dikeluarkan Khalil ini menunjukkan beliau (sendiri yang) tidak faham dan telah membuat tuduhan secara melulu terhadap Datuk Rozi.


"Sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri, beliau sepatutnya merujuk kepada pihak yang terlibat (UniSZA) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.


"Sepatutnya pihak Muhammad Khalil mengamalkan budaya politik yang sihat dan bukannya bermain persepsi murahan untuk meraih sokongan," tempelak beliau.


Dalam pada itu, Ahmad Nadir menggesa semua pihak agar mengamalkan budaya politik matang terutamanya apabila bersama pelajar IPT.


Beliau yang menyokong kebebasan bersuara dan hak-hak pelajar di IPT berkata, pelajar di menara gading sepatutnya didedahkan dengan budaya politik matang dan profesional, bukannya politik sentimen atau persepsi murahan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page