top of page

‘Pemimpin Pas sokong subsidi diesel bersasar, Bersatu perlu ikut sama’



Oleh: Abdullah Zaid


Penyelarasan subsidi bersasar diesel yang telah diumumkan baru-baru ini dilihat sebagai satu langkah yang tepat memandangkan kos subsidi bahan api diesel meningkat 10 kali ganda dari 2019 ke 2024 dan membebankan kewangan negara.


Bahkan, langkah berani Kerajaan Perpaduan itu dilihat disokong oleh beberapa pemimpin pembangkang terutamanya Setiausaha Agung Pas dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan Naib Presiden Pas.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Terengganu, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali, laras bahasa 'memahami' keperluan penyasaran subsidi oleh pemimpin Pas itu perlulah difahami bersama barisan kepimpinan Bersatu yang dilihat tegar memainkan pelbagai naratif menentang polisi Kerajaan Persekutuan tersebut.


Untuk itu, Haikal turut mengingatkan pemimpin Bersatu bahawa presiden parti itu juga pernah menyuarakan cadangan subsidi bersasar semasa menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada 2022 lalu.

Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali

"Jangan kita lupa ketika Muhyiddin ketika menjadi kerajaan pernah menyatakan hasrat melaksanakan subsidi bersasar ini


"Tidak perlulah beliau terkejut dan seolah-olah tidak bersedia langkah ini akan diambil oleh kerajaan sekarang," katanya kepada Suara Keadilan


Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menzahirkan perasaan ‘dukacita’ ekoran langkah kerajaan melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi diesel.


Mengulas lanjut, Haikal berkata, inisiatif Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 dan 2.0 serta Budi Madani mampu membantu pengguna yang layak termasuk pemilik kenderaan diesel individu, petani dan pekebun kecil.


"Subsidi diesel disalurkan melalui dua kaedah pertama melalui SKSD yang memberi manfaat 410,000 kenderaan menerusi penggunaan ‘fleet card’ membabitkan 33 jenis kenderaan.


"Manakala kaedah kedua pula, subsidi bantuan tunai RM200.


"Melalui penyasaran susbsidi ini pengguna yang layak boleh mendapat mendapat manfaat di bawah inisiatif ini," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page