top of page

Pemimpin Pas mengarut, autisme tidak kaitan dengan makanan



Kenyataan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali di Dewan Rakyat mendakwa makanan Menu Rahmah - program kerajaan untuk mengurangkan bebanan hidup - bermutu rendah dan mungkin menyebabkan pelanggan yang memakannya terdedah kepada kanser, autoimmune disease, autisme dan sebagainya dianggap mengarut dan tidak berfakta.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN Lee Chean Chung, andaian Halimah itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang doktor yang bertauliah dan faham mengenai punca penyakit.


Chean Chung juga mahu Dr Halimah membuktikan makanan Menu Rahmah boleh menyebabkan kanser atau autisme.


"Saya terkilan Dr Halimah Ali sebagai seorang doktor yang bertauliah boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sepadan dengan kelayakan atau kepakarannya. Seluruh dunia ambil maklum bahawa makanan tidak mengakibatkan autisme, sebaliknya ianya ditentukan oleh DNA dan sewaktu lahir.


"Halimah harus membuktikan secara saintifik bagaimana makanan ada hubungan dengan autisme, jika tidak, wajar dia memohon maaf kepada orang awam atas kenyataan yang mengelirukan supaya institusi parlimen yang suci tidak dijadikan bahan ketawa masyarakat," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu juga mendesak Halimah membuktikan makanan Menu Rahmah benar benar tidak berkualiti sebagai mana didakwanya.


"Saya menggesa Dr Halimah membuktikan Menu Rahmah yang mana dibekalkan dengan bahan mutu rendah, ataupun low quality.


"Saya yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara ini berlaku. Tetapi jangan bersangka buruk atas inisiatif kerajaan yang baik, dan cuba mencemarkan imej program kerajaan tanpa fakta dan bukti," katanya.


Chean Chung dalam pada itu turut menggesa Malaysian Medical Association (MMA) serta Persatuan Penjaja seluruh Malaysia untuk membuat penjelasan atau meminta keterangan lanjut daripada Dr Halimah supaya imej penjaja-penjaja dan kumpulan fraternity pengamal perubatan di negara ini dapat dipulihkan secepat mungkin.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page