top of page

'Pemimpin Pas dalam kerajaan pusat, masalah banjir Kelantan tak selesai'



Masalah banjir di Kelantan seharusnya dikurangkan dengan mendalamkan sungai, tebatan banjir atau sebarang usaha yang wajar bagi mengelakkan kerugian besar berterusan di pihak rakyat


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, dengan sejumlah besar pemimpin Pas dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri dalam kerajaan PN dan kini BN, sewajarnya masalah banjir saban tahun di negeri itu dapat dikurangkan impak negatifnya.


Bagaimanapun, katanya, hal itu tidak berlaku dan pemimpin Pas di peringkat Kerajaan Persekutuan tidak membicarakan isu mengatasi banjir.


"Walaupun hari ini ramai pemimpin Pas dalam kerajaan pusat tetapi nampak perlahan sangat tindakan menteri menteri ini," kata Zinda Khalil.


Tambah beliau, rakyat Kelantan amat berharap menteri menteri Pas membantu mereka selepas menanti penuh sabar peruntukan dari kerajaan pusat sejak 30 tahun lalu.


Namun malangnya, kata Zinda Khalil, dalam peristiwa banjir terbaharu ini pun tiada pengumuman bantuan kewangan oleh kerajaan pusat apatah lagi negeri.


"Menteri berada dalam kabinet sama ada berasal dari Pas atau dari Kelantan banyak, namun nampaknya mereka masih lagi membisu seribu bahasa. Tiada tindakan untuk membantu keperluan atau hal hal rakyat yang terlibat dalam banjir kali ini," ujarnya kesal.


Ketua Cabang Kota Bharu itu mengharapkan menteri menteri asal Kelantan mendesak Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir yang sesetengahnya menghadapi banjir berulang selepas ditenggelami air pada Januari lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page