top of page

Pemimpin Palestin puji rakyat Malaysia tukar pimpinan dengan aman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 28, 2022
  • 1 min read


Pemimpin Palestin, Ismail Haniyeh memuji rakyat Malaysia yang telah melakukan peralihan kepimpinan secara aman dan demokratik biar pun berbilang bangsa dan agama.


Pemimpin utama Hamas itu berkata demikian dalam panggilan video mengucap tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia ke 10.


"Saya menerima panggilan video dari Ismail Haniyeh, mantan Perdana Menteri Palestinian National Authority tengah malam tadi di rumah.


"Selain menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke 10, beliau turut memuji kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan negara berjalan dalam keadaan aman dan demokratik," katanya.


Selain itu, menurut Anwar, seeorang lagi pemimpin Palestin, Khaled Mesh'al juga mengutus ucapan tahniah semalam.


"Senada dengan pimpinan Hamas, Khaled Mesh'al yang menelefon saya sejurus kemudiannya. Saya menegaskan Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa," kata Anwar lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page