top of page

Pemimpin negeri hargai peruntukan RM5.6 bilion kepada Sarawak

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 26, 2023
1 min read


Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri susulan pengumuman peruntukan RM5.6 bilion kepada negeri itu.


Menurutnya, walaupun jumlah itu kurang dari apa yang diharapkan, namun Kerajaan Negeri pimpinannya tetap menyambut baik pemberian peruntukan tersebut.


Malah Sarawak juga berbesar hati dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk membaik pulih sekolah dan klinik daif di negeri itu yang sememangnya perlu diberi perhatian.


"Kerajaan Sarawak memang hendak membantu rakyat termasuk dalam membina infrastruktur asas seperti projek jalan pesisir, jalan raya, bekalan api dan bekalan air.


"Saya sudah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan pembinaan semua keperluan tersebut, tetapi jika (kerajaan) persekutuan hendak memberi peruntukan tambahan, memang dialu-alukan,” ujarnya dalam satu program di Kuching pada Sabtu.


Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen berkata menerusi belanjawan itu, Sabah dan Sarawak akan memperoleh peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.


Selain itu, Anwar berkata kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan 400 klinik dan 380 sekolah daif dengan peruntukan RM1.2 bilion.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page