top of page

Pemimpin masyarakat berperanan noktahkan kemiskinan tegar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 6, 2024
1 min read


Pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan diseru untuk bekerjasama membantu kerajaan dalam usahanya menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan agar tindakan susulan dapat dilakukan.


"Kita dalam kerajaan, khususnya di Jabatan Perdana Menteri, tidak tahu apa yang berlaku di luar... kita tidak tahu mana lagi rakyat yang berada dalam golongan miskin tegar.


"Oleh itu kita sangat berterima kasih kepada pemimpin masyarakat dan agensi yang memberi kami laporan dan berdasarkan laporan berkenaan," katanya dipetik.


Azman sebelumnya ditemui pemberita di Kota Marudu selepas melakukan ziarah kasih ke daerah itu bersama petugas Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).


Pada kunjungan itu Azman bersama petugas ICU JPM berkunjung ke rumah daif yang telah dipilih untuk menyampaikan sumbangan makanan dan wang.


"Saya sangat terkejut kerana rumah yang didiami sepatutnya tidak boleh didiami. Ada rumah daif yang boleh didiami namun ini rumah daif yang tidak boleh didiami.


"Saya akan meminta laporan terperinci daripada pemimpin tempatan dan pejabat daerah agar dapat segera membantu menyelesaikan masalah ini," katanya.


Sementara itu jelasnya, kerajaan MADANI khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini

Justeru lebih banyak program turun padang akan diadakan bagi mencari langkah penyelesaian untuk membantu mengeluarkan rakyat berkenaan daripada golongan miskin tegar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page