top of page

Pemimpin Kerajaan Perpaduan tunjuk komitmen tinggi menangi dua PRK



Oleh Noraini Nordin


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang proses penamaan calonnya telah selesai pagi tadi dengan ketara menyerlahkan penyatuan pemimpin daripada parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.


Terutama kerana ia berlangsung di Johor yang merupakan kubu UMNO dan Pakatan Harapan (PH) serta menjadi idaman PN untuk menembusinya. Namun para pemimpin Kerajaan Perpaduan nampak sepakat untuk bersatu hati mempertahankan kemenangan yang dicapai sebelum ini.


Bagi Parlimen Pulai, calon Kerajaan Perpaduan Suhaizan Kaiat daripada PH akan ditentang oleh Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas).


Manakala bagi DUN Simpang Jeram, calon Kerajaan Perpaduan juga daripada PH, Nazri Abdul Rahman akan berdepan Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan Jeganathan Subramaniam (Bebas).


Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan berkempen sehabis baik bagi memastikan kemenangan PH di kedua-dua kawasan itu dipertahankan.


Khalid Nordin berbaju biru bergambar sesama penyokong PH

Katanya, kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di kedua-dua PRK adalah penting bagi memastikan apa yang dirancang di Johor dapat dilaksanakan dengan baik.


"Ini adalah ujian pertama di Johor selepas PRU15 dan UMNO Johor akan berusaha sehabis baik bagi memastikan kemenangan dapat digenggam," ujarnya ketika ditemui di penamaan Calon untuk Parlimen Pulai di Johor Bahru hari ini.


Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, selain memastikan pengundi memberi undi kepada calon PH di kedua-dua kawasan itu, BN juga akan berusaha agar seramai mungkin pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.


Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan pula melahirkan rasa gembira dengan kesatuan serta kesepakatan pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan untuk berkempen dalam dua PRK serentak ini.


Mohd Sany Hamzan

Beliau melahirkan keyakinan Suhaizan dan Nazri mampu meneruskan kemenangan yang dicapai penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.


"Kita dalam Kerajaan Perpaduan akan berkempen sebagai satu pasukan yang mantap dengan harapan pengundi beramai-ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Kita yakin kemenangan akan dapat digenggam," tegasnya.


Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam menyeru pengundi di kedua-dua kawasan agar keluar beramai-ramai dan seterusnya memberi kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan.


Datuk Lokman Nor Adam

Menurut beliau, kemenangan amat mustahak sebagai isyarat penolakan kepada gelombang hijau yang bercita-cita menembusi Johor.


"Bangsa Johor mesti bersatu hati menolak gelombang hijau yang jelas bersifat perkauman dan merugikan rakyat," katanya lagi.


Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pula berkata, sokongan padu pengundi kepada calon kerajaan perpaduan adalah penting untuk mempercepatkan lagi perubahan ekonomi di Johor.



Katanya, Kerajaan Perpaduan sedang menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan agar mereka tidak perlu menyeberang ke Singapura mencari nafkah.


"Pulai ini kawasan bandar dan berhampiran dengan Tambak Johor yang juga pintu masuk utama ke Singapura.


"Yang bekerja di Singapura ada yang selesa dan ada ramai yang bekerja dalam kategori buruh dengan gaji yang rendah.


"Mereka kerja di Singapura kerana pertukaran matawang asing yang memberi pendapatan lebih banyak tetapi, bukan semua mereka dalam keadaan selesa," katanya.


Untuk itu, beliau berharap, selain pengundi tempatan, pengundi yang bekerja di Singapura juga akan pulang beramai-ramai ketika hari pengundian pada 9 September nanti untuk memastikan agenda ekonomi yang dirancang Kerajaan Negeri tidak tergendala.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page