top of page

Pemimpin Kerajaan Perpaduan T'ganu kesal tidak dibenar sambut PM



Pemimpin Kerajaan Perpaduan Terengganu amat kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Terengganu dipimpin Pas yang tidak membenarkan mereka menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada pagi tadi.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Senator Mohd Hasbie Muda, sikap pemimpin Pas-PN itu amat tidak wajar apabila wakil Kerajaan Perpaduan tidak dibenar untuk turut sama mendengar taklimat banjir yang disampaikan kepada PM oleh agensi agensi Persekutuan.


"Kami rasa begitu kesal kerana kepimpinan daripada parti Perpaduan tidak dibenarkan untuk masuk menyambut PM dan ini pertama kali berlaku dalam sejarah


"Jadi kita harap Kerajaan Negeri tidak mengamalkan politik yang sebegini kerana kita difahamkan juga JPKK (Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung) Persekutuan kita di kampung kampung juga tidak diberikan peranan untuk membantu di pusat pemindahan banjir," katanya dalam satu siaran media.


Pemimpin Kerajaan Perpaduan tidak dibenar untuk masuk menyambut PM dan mendengar taklimat

Hasbie berharap kerajaan Pas tidak akan mengulangi sikap berkenaan pada waktu akan datang kerana politik perlu diketepikan pada waktu rakyat ditimpa musibah dan mengharapkan bantuan.


"Dalam waktu kita menghadapi bencana tidak sepatutnya perkara ini dilakukan, dan kami amat kesal dan berharap perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang," katanya lagi.


Hasbie dalam klip video itu dilihat bersama Pengerusi BN Terengganu Datuk Rozi Mamat, Pengerusi Ketengah Datuk Seri Ahmad Said, Pengarah Pilihan Raya PH Azan Ismail serta beberapa pemimpin peringkat negeri Terengganu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page