top of page

Pemimpin KEADILAN ucap tahniah pelumba basikal negara raih pingat perak


Beberapa pemimin utama KEADILAN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas pelumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang kerana berjaya meraih pingat perak pertama negara dalam sukan Olimpik Tokyo 2020.


"Tahniah kepada Datuk Azizul Hasni Awang kerana berjaya memenangi pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. You did your best!" tulis Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun rasmi Facebooknya.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga berkongsi kegembiraan yang sama.


"Tahniah Datuk Mohd Azizulhasni Awang menang perak acara keirin Olimpik Tokyo," katanya.


Tidak lupa Pengarah Komunkasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menganggap kejayaan itu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.


"Tahniah yang tak terhingga buat Datuk Azizulhasni Awang yang baru sahaja memenangi pingat perak


"Harum mekar nama Malaysia di persada dunia! You’ve made us all proud!" katanya.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang julung-julung kali diperolehi Malaysia dalam acara lumba basikal berkenaan.


"Tahniah Datuk Azizulhasni Awang yang berjaya merangkul pingat perak dalam Olimpik Tokyo 2020. Pocket Rocket Man mempersembahkan saingan dan semangat juang yang cukup mengujakan semua rakyat Malaysia.


"Pengorbanan beliau dalam menjulang nama Malaysia adalah inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus berusaha memberikan yang terbaik demi ibu pertiwi," katanya.


Dalam saingan peringkat akhir yang penuh dramatik pagi tadi Azizulhasni berjaya meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki.


Sementara Jason Kenny dari United Kingdom meraih pingat emas manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen, merangkul pingat gangsa.


Untuk rekod, Azizulhasni, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu meraih pingat Olimpik pertama dalam temasya di Rio pada 2016, dengan gangsa untuk acara yang sama, selepas menduduki tempat keenam dalam Olimpik London pada 2012.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page