top of page

Pemimpin KEADILAN ucap selamat menyambut Hari Natal



Hari Natal atau Krismas yang dirayakan hari ini oleh penganut Kristian melambangkan kemajmukkan kaum di Malaysia yang perlu dipertahankan dalam suasana harmoni.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil mengharapkan perayaan ini disambut berbilang kaum untuk merapatkan perhubungan sesama anggota masyarakat.


"Selamat menyambut Hari Krismas buat semua rakan penganut Kristian di Malaysia dan selamat menyambut tahun baru buat seluruh rakyat Malaysia. Merry Christmas and Happy New Year," katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN dan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan.


Naib Presiden KEADILAN yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengungkap hal serupa, berharap Krismas kali ini akan memupuk semangat kekitaan.


"Selamat Menyambut Krismas kepada mereka yang beragama Kristian yang menyambutnya. Semoga Krismas kali ini memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan di kalangan semua," katanya.


Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak ketinggalan berpesan agar rakyat memupuk perpaduan dan menghindari perpecahan sempena semangat Krismas ini


"Selamat Menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.


"Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum yang cukup penting kerana ia dapat memupuk perpaduan serta keharmonian dalam negara," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page