Pemimpin KEADILAN ucap selamat Deepavali
- Suara Keadilan

- Oct 24, 2022
- 1 min read

Pimpinan KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut Hindu dan Sikh yang merayakan perayaan itu hari ini.
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari dalam perutusannya mahu perayaan hari ini digunakan untuk mengukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini
"Vanakkam, En Iniya Deepavali Nal Vaalthukkal. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada seluruh warga Malaysia dan khususnya komuniti Hindu dan Sikh Selangor.
"Semoga perayaan ini mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil menyeru warga Malaysia yang merayakan Deepavali agar berhati hati di jalan raya dalam suasana cuti perayaan.
"Saya ucapkan Deepavali nal valthukal buat rakan-rakan kita yang menyambut
"Semoga semua persiapan berjalan lancar dan mesti berhati-hati di jalan raya apabila pulang untuk meraikan Deepavali bersama keluarga. Jaga diri semua," katanya.

Manakala Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Ramanan Ramakrishnan pula bermadah dan mengharapkan pengalaman indah bermula pada Deepavali ini
"Derita lalu berakhir hari ini. Pengalaman indah bermula sekarang!
"Terus bergembira dengan nikmat dan kesihatan. Selamat Menyambut Deepavali," katanya.




Comments