Pemimpin KEADILAN sumbang ke Bazaar Pakaian Percuma, Shah Alam
- Redzuan Shamsudin
- Jan 3, 2022
- 1 min read

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua semalam menyumbangkan pakaian yang didermakan oleh sebuah butik di Kuala Lumpur untuk "Bazaar Pakaian Percuma" yang dibuka kepada mangsa banjir di kawasan Sri Muda.
"Awal tahun 2022 selesai, saya serahkan 700 helai pakaian baru sumbangan Butik Pakaian L S Fashion Jalan Pudu, Kuala Lumpur kepada Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Sangetha Jeyakumar yang merupakan penganjur program Bazaar Pakaian Percuma," katanya
Program Bazaar Pakaian Percuma itu turut disertai gabungan pelbagai NGO dan memberi kesan positif terhadap mangsa banjir di Sri Muda yang kehilangan harta benda, termasuk pakaian.
Comments