top of page

Pemimpin KEADILAN Sipitang menghadiri jamuan hari raya UMNO

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 15, 2024
  • 1 min read

ree

Pemimpin KEADILAN Sipitang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian baru baru ini.


Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh merangkap Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sindumin hadir di rumah sahabat beliau Ketua Bahagian UMNO Sipitang, Abd Rahman Mohd Noh di kediaman pemimpin itu.


Turut hadir bersama Wendey Agong ialah Timbalan Ketua Cabang, Presley Kurus; Naib Ketua Cabang, Rymond Isak; Naib Ketua Cabang, Darias Buyun dan AJK Cabang, Robin Lugan.


"Majlis meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum bersama-sama meraikan lebaran ini.


"Syukur dapat bertemu dengan teman-teman, semoga ukhuwah ini terjalin dan bertambah baik lagi dalam hari-hari yang mendatang," katanya dalam satu kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page