top of page

Sanusi henti bohong, pergeseran Kerajaan Negeri - Persekutuan



Kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor baru baru ini mendakwa terdapat komplot untuk memecatnya sebagai wakil negeri dalam Majlis Kewangan Negara terus dikritik.


Naib Pengerusi KEADILAN Kedah, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina mempersoal dakwaan Sanusi itu dengan menegaskan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melantik sesiapa dalam Majlis Kewangan Negara.


Pelantikan seseorang individu dalam Majlis Kewangan Negara hanya mengikut apa yang dicadangkan oleh sultan sesebuah negeri.


"Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai Perdana Menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri.


"Jelas menunjukkan tiada kuasa Perdana Menteri untuk menamakan orang lain selain individu yang diperkenan Sultan jika mengambil konteks dalam negeri Kedah," katanya dalam satu kenyataan.


Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa kedudukannya dalam Majlis Kewangan Negara mahu digantikan dengan Setiausaha Kerajaan Kedah, Norizan Khazali. Dia bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti dakwaannya.


Sementara itu, Nor Azrina menggesa Sanusi supaya berhenti berbohong mengenai Kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Beliau turut mengingatkan Sanusi mengenai titah baginda Tuanku Sultan Kedah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14 pada Mac.


Baginda jelasnya telah berpesan supaya mengelak berpolitik secara berlebihan dan sentiasa berusaha menjaga hubungan di antara satu sama lain khususnya antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Sultan Kedah juga, kata Nurin menekankan bahawa negara, negeri dan rakyat memerlukan kestabilan politik untuk memperoleh manfaat melalui pembangunan projek ekonomi dan program kesejahteraan rakyat yang dirancang.


"Namun, Sanusi telah berulang kali membangkitkan isu yang boleh menyebabkan pergeseran antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti mendakwa bulan lalu bahawa beliau telah dihalang daripada acara Persekutuan.


"Memetik pandangan Imam Al-Nawawi Rahimahullah, dalam Syarah Sahih Muslim, Al Nawawi bahawa bohong ini didefinisikan sebagai mengkhabarkan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja atau tidak dan sama ada perkhabaran itu akan perkara yang telah berlaku atau akan datang.


"Dari pandangan itu jelas menunjukkan bahawa pembohongan tidak wajar dilakukan meskipun bertujuan berjenaka untuk menarik perhatian atau sokongan orang," tambah Nurin lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page