top of page

Pemimpin KEADILAN Johor iringi lawatan Pegawai Khas Menteri Pendidikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 30, 2024
  • 1 min read

ree

KEADILAN Johor diwakili Ketua Cabang Tenggara, Fakharuddin Moslim kelmarin mengiringi lawatan Pegawai Tugas Tugas Khas Menteri Pendidikan, Loh Ker Chean di beberapa sekolah di negeri itu.


Menurut Fakharuddin, terdapat tiga buah sekolah di bawah parlimen Pulai yang dilawati mereka.


"Lawatan tersebut melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan India Ladang Palm Oil, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Air Bemban, dan Sekolah Kebangsaan Ayer Manis.


"Pelbagai pandangan dan saranan dikemukakan, bertujuan untuk penambahbaikkan," katanya dalam kenyataan.


Fakharuddin yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia berharap peruntukan tertinggi dalam sektor pendidikan yang diumum melalui Belanjawan 2025 sebelum ini akan mampu menjana pembangunan bermakna kepada sekolah dan para pelajarnya.


"Ini selaras dengan konsep Madani yang memberi penekanan terhadap pembangunan insan," katanya lagi.


Turut serta dalam lawatan itu ialah Naib Pengerusi KEADILAN Johor, saudara Gopalakrishnan dan ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page