top of page

Pemimpin jangan kejar ghanimah - Mahasiswa KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 1, 2024
  • 1 min read


Mahasiswa KEADILAN Malaysia mengharapkan Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.


Melalui satu kenyataan Mahasiswa KEADILAN berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd oleh tiga mahkamah dan sembilan hakim


Justeru mereka menasihatkan agar pemimpin negara menjadikannya kes itu sebagai pengajaran kepada pemimpin agar tidak mengejar ghanimah apabila berkuasa kerana kebenaran tetap akan muncul.


"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


"Setakat ini, kerajaan Malaysia sudah membayar jumlah keseluruhan hutang Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM43.8 bilion, dengan baki hutang yang belum dibayar berjumlah RM9.7 bilion, membabitkan prinsipal RMS bilion dan faedah RM4.7 bilion.


"Hutang-hutang 1MDB ini terpaksa ditanggung oleh rakyat secara bergenerasi. Berapakah sekolah dan hospital boleh dibina jika syarikat tersebut tidak wujud?" kata Mahasiswa KEADILAN seperti dilapor media.


Mahasiswa KEADILAN sementara itu menegaskan pihaknya menolak amalan bobrok rasuah dan penyelewengan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page