top of page

Pemimpin GPS sahkan Kerajaan Perpaduan titah Agong

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 9, 2023
  • 1 min read


Persoalan yang menjadi bahan kempen PN kononnya Kerajaan Perpaduan bukan titah Yang di-Pertuan Agong dan boleh diubah sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri dibantah oleh pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Menurut Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga pemimpin kanan GPS, beliau sendiri terlibat dalam proses pembentukan Kerajaan Perpaduan dan menghadap Yang di-Pertuan Agong serta mengesahkan titah berkenaan.


"Saya datang ke mari bukan nak bertanding sebab GPS tak bertanding di sini


"Tetapi kami ke sini untuk mengesahkan dan menyatakan bahawa banyak cerita di luar sana menyatakan pelbagai perkara termasuklah berhubung kait penubuhan Kerajaan Perpaduan


"Apakah peranan GPS, GRS dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan? Saya hari ini nak mengesahkan pelbagai cerita menidakkan apakah (bukan) hasrat Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Kerajaan Perpaduan itu.


"Saya sendiri terlibat, dipanggil untuk menghadap di Istana Negara, menyatakan bahawa itulah hasrat Yang di-Pertuan Agong. Untuk wujudnya Kerajaan Perpaduan. Malah kalau dapat semua parti di Malaysia membentuk (dalam) kerajaan (yang sama). Itu hasratnya," kata beliau dalam ceramah di DUN Paroi, Negeri Sembilan.


Menurut Fadillah lagi, Kerajaan Perpaduan kemudiannya terbentuk apabila pemimpin PH, BN, GPS, GRS serta parti kecil lain menyatakan persetujuan.


PN tidak menyatakan persetujuan dan tidak termasuk dalam komponen kerajaan


"Tetapi malangnya apa berlaku, Datuk Seri Anwar bersetuju. Tetapi ada kelompok tidak bersetuju, menidakkan hasrat Agong dan melawan titah Yang di-Pertuan Agong.


"Kami GPS, GRS akur menubuhkan Kerajaan Perpaduan atas satu hasrat di samping mematuhi titah Agong untuk wujudnya kerajan stabil, kukuh. Sebab diperlukan kestabilan itu untuk kita pulihkan ekonomi negara," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page