top of page

Pemimpin, aktivis seru rakyat bersatu desak pembebasan sukarelawan GSF

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 4
  • 1 min read
ree

Seruan perpaduan demi Palestin kembali dilaungkan apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) menggesa rakyat Malaysia bersatu mendesak pembebasan segera sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan oleh rejim Zionis Israel.


"Ayuh ketepikan perbezaan, bersama-sama kita desak sukarelawan Flotila dibebaskan segera!" tegas Dr Zulkifli dalam kenyataannya.


Beliau menekankan bahawa isu Palestin seharusnya menjadi titik penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.


"Ketepikanlah perbezaan kita, ambil ruang untuk bersatu hati demi saudara kita di Gaza," ujarnya, sambil menyeru agar rakyat terus berdoa dan melakukan solat hajat sebagai tanda solidariti dengan mereka yang dizalimi.


Sementara itu, aktivis Flotilla Sumud Nusantara, Musa Nuwayri turut mengingatkan masyarakat tentang kepentingan kesatuan hati dalam isu kemanusiaan Palestin.


"Kalau pasal Palestin pun kita tak boleh bersatu, apa lagi yang boleh buat kita satu hati?" soalnya.


Beliau menegaskan bahawa usaha membebaskan aktivis yang ditahan perlu digerakkan bersama dengan penuh kesungguhan dan semangat solidariti.


Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, kedua-duanya menyeru rakyat Malaysia untuk terus bersatu, memperkukuh solidariti, dan tidak berhenti memberi sokongan moral serta doa buat rakyat Palestin serta para sukarelawan GSF.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page