top of page

Pemimpin agama perlu ambil peranan kekal keamanan dunia - PM



Perdana Menteri (PM) menyeru pemimpin agama mengambil peranan lebih berani dan berkesan dalam menegakkan keadilan serta keamanan di seluruh dunia.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmian Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia (ICRL) 2024 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya semalam menegaskan bahawa masyarakat umum sudah muak dan bosan dengan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin yang tidak mempunyai pegangan moral, nurani atau memahami erti keadilan.


Pemimpin tersebut jelasnya, bersuara lantang mengenai hak asasi manusia dan demokrasi namun ia tidak diterjemahkan seperti diharapkan.


"Kita tidak tahu apa lagi yang boleh dipercayai, jadi biar pemimpin agama mengambil tempat (mainkan peranan). Jadilah (pemimpin) yang lebih berkesan, berani dalam (menyuarakan) pandangan anda termasuk terhadap pengikut anda sendiri.

"Anda mungkin seorang pemimpin Buddha, Hindu, Islam atau Kristian. Keadilan tetap keadilan.


"Jangan sekali-kali dalam mana-mana agama membenarkan pemimpin yang tidak adil dan melakukan penderaan terhadap sesiapa saja," katanya dipetik.


ICRL 2024 menghimpunkan 1,500 peserta terdiri daripada ulama, cendekiawan, pemimpin politik, ahli Parlimen, ahli akademik dan tokoh pemimpin agama Islam dan bukan Islam tempatan serta dari lebih 50 negara luar.


Bertemakan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian' persidangan anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Liga Dunia Islam berpusat di Arab Saudi itu bertujuan memupuk semangat keharmonian dalam kalangan penganut pelbagai agama.


Sementara itu dalam konteks Malaysia Anwar menjelaskan, meskipun Islam adalah agama Persekutuan dengan 60% penduduknya menganut agama itu, namun kepemimpinan negara tetap komited untuk memastikan hak penganut agama lain dihormati.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page