PRN Johor: Aura merah PH 'membanjir' bumi Johor
- Noraini Nordin

- 1 day ago
- 2 min read

Sorotan PRN 2026: Pakatan Harapan (PH) terus mara dengan bergaya di bumi Johor.
Terkini dalam usaha untuk memastikan KEADILAN memulakan perjalanan menghadapi PRN Johor dengan penuh semangat, parti telah menggerakkan pimpinan pusatnya untuk hadir mengiringi calon-calon yang bertanding.
Sebagaimana diputuskan, daripada 56 kerusi yang ditandingi PH dalam PRN Johor ini, 20 daripadanya akan ditandingi oleh calon-calon KEADILAN.
Dengan itu, di kesemua 20 pusat penamaan calon pagi ini, pimpinan KEADILAN pusat akan hadir untuk bersama-sama dengan penyokong parti.
Senarai pimpinan yang ditetapkan dan kawasan DUN di mana mereka akan hadir adalah seperti berikut:
N.01 Buloh Kasap - YB Fadhlina binti Sidek
N.03 Pemanis - YB Sim Tze Tzin & Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa
N.07 Bukit Kepong - YB Yuneswaran A/L Ramaraj
N.09 Gambir - YB Syed Ibrahim Syed Noh
N.14 Bukit Naning - Datuk Dr Fuziah Salleh dan Datuk Ahmad Farhan Fauzi
N.16 Sungai Balang - YB Chiew Choon Man dan Roland Engan
N.17 Semerah - YB Datuk Fahmi Mohamed Fadzil
N.18 Sri Medan - YB Datuk Seri Utama Aminuddin Harun
N.24 Senggarang - YB Nurul Izzah Anwar
N.27 Layang Layang - YBM Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan
N.32 Endau - YBM Dr Zulkifli Hassan
N.33 Tenggaroh - YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir
N.35 Pasir Raja - YB Datuk Ts Mustapha Sakmud
N.37 Johor Lama - YB Adam Adli Abd Halim
N.39 Tanjung Surat - Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
N.41 Puteri Wangsa - Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
N.47 Kempas - YB Dr Mohammed Taufiq Johari
N.51 Bukit Batu - Muhammad Kamil Abdul Munim
N.54 Pulai Sebatang - Datuk Azman Abidin
N.56 Kukup - Chan Ming Kai
Dengan kehadiran pimpinan pusat ini, KEADILAN dengan jelas memberi mesej ingin memenangi sebanyak mungkin kerusi dan seterusnya berazam membentuk kerajaan baharu di Johor.
Bersama kehadiran pimpinan KEADILAN pusat di semua 20 pusat penamaan calon itu diyakini mampu menarik sokongan penyokong-penyokong parti untuk turut sama hadir memberi semangat kepada calon-calon yang bertanding.
Dengan semangat yang akan terus digerakkan sehingga hari pengundian, keazaman KEADILAN tidak lain adalah kemenangan.
Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang dijadualkan hadir di pusat penamaan calon DUN Senggarang pagi ini, dipercayai akan cuba mengambil kesempatan untuk turun ke pusat penamaan calon lain yang berdekatan.
Beliau difahamkan akan cuba turun ke pusat penamaan calon Puteri Wangsa dan Kempas selepas menghadirkan diri di Senggarang.
Sebagai Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah juga difahamkan akan memanfaatkan banyak masanya sepanjang kempen PRN Johor ini berlangsung.
Hakikatnya, KEADILAN tidak memandang ringan PRN Johor ini, tetapi ingin hadir dengan semangat untuk memperolehi kemenangan dan seterusnya menjadi kerajaan.




Comments