top of page

Pemilik kediaman diseru segera mohon tukar status tanah - Aminuddin



Kerajaan Negeri Sembilan menyeru penduduk negeri itu segera membuat permohonan pertukaran status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri untuk memperluaskan penukaran hak milik tanah kediaman di lebih banyak kawasan di seluruh negeri itu.


Bagaimanapun jelasnya, walaupun tiada tempoh akhir ditetapkan bagi mengemukakan permohonan tetapi inisiatif tersebut tidak dibuka untuk selama-lamanya.


"Tawaran ini bukan untuk selama-lamanya sedangkan kini sudah memasuki penggal kedua dan mungkin jika memasuki penggal ketiga kelak ia ditamatkan," katanya dipetik selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO. di Seremban pada Rabu.


Negeri Sembilan menjadi satu-satunya negeri yang melaksanakan program menukar status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal bagi taman perumahan yang layak di seluruh negeri ini.

Bagaimanapun jelas Aminuddin, permohonan bagi pertukaran status tanah itu yang diterima daripada pemilik kediaman ketika ini agak perlahan.


"Program ini memang baik tetapi jika tidak disambut oleh pemilik kediaman, ia tidak memberi impak yang baik kepada keseluruhannya," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page