Pemilihan untuk isi kekosongan jawatan parti, elakkan perpecahan - Anwar



Pemilihan KEADILAN yang walaupun terdapat pilihan untuk menangguhkannya sehingga tahun hadapan amat diperlukan untuk mengisi kekosongan posisi penting parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jabatan tertentu parti yang terlalu lama dibiarkan kosong dan dipangku fungsinya oleh beberapa pimpinan hanya akan menjejaskan prestasi parti sekiranya tidak ditangani segera


"Apa yang diperlukan adalah pengisian jabatan penting yang sudah kosong agak lama. Ada yang meninggalkan parti, bercuti, tetapi lompongan itu terlalu ramai dan terlalu lama.


"Tidak sepatutnya dibebankan kepada presiden dan tokoh tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh pimpinan (parti yang lain)," katanya dalam satu siaran media, semalam.


Sebaliknya alasan bahawa waktu pemilihan terlalu dekat dengan PRU, menurut Anwar tidak boleh dijadikan sebab kerana jika berlaku pilihan raya, pemilihan parti boleh ditangguhkan buat sementara waktu.


"Pertamanya kita belum tahu bila pilihan raya. Kedua, sebagai parti demokratik janganlah yang menang itu mengambil alih kuasa dan memanjangkan sesuka hatinya. Jangan ambil contoh parti lain (Umno) yang memanjangkan (pemilihan) jauh lebih daripada mandat mereka.


"Bagi saya kalau kita harus kekal sebagai parti demokratik yang menghormati mandat ahli maka kita telah melangkau hampir setahun selepas waktu ditetapkan. Apa masalahnya, kalau Perdana Menteri umum PRU, kita taguhkan, kalau tidak kita teruskan.


"Maka lebih selamat kita tunduk kepada hasrat Perlembagaan dan semangat demokrasi," katanya.


Anwar juga menasihatkan pimpinan yang bertanding kali ini agar tidak terbawa bawa semangat ekstrem merebut kemenangan sebagaimana ditunjukkan dalam pemilihan 2018, sehingga menyebabkan parti berpecah kemudiannya.


"Kita boleh elak bibit perpecahan kalau calon tidak melanggar tatasulisa dan akhlak. Merebut jawatan berhempas pulas, tidak mengindahkan semangat jemaah, menyerang peribadi secara kasar.


"Belajarlah dari pengalaman lalu, persaingan itu dari sahabat, menerima dengan waras kemenangan. Yang lain menerima kekalahan dalam perjuangan


"Tidak bersikap yang menang mematahkan yang kalah, atau yang kalah, tidak merasakan inilah penamat perjuangan mereka dan berundur atau sabotaj atau menghilangkan diri," katanya.


Anwar juga menasihatkan agar anggota parti tidak memainkan isu pemimpin tertentu bercuti, tidak aktif dan sebagainya pada kali ini.


Beliau menyentuh langsung calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang kembali aktif, juga Nurul Izzah dan beberapa pimpinan lain yang masih dilebel secara yang tidak sepantasnya.


"Ada yang masih dikecam seolah olah tidak setia, kartel dan sebagainya. Saya mengingatkan ini juga tidak sihat.


"Biar kita ada upaya dalam kalangan pimpinan, jangan menidakkan sumbangan lain. Sebenarnya terlalu ramai mempunyai sumbangan sangat besar," katanya lagi.


Anwar mengharapkan episod luka pemilihan yang lalu tidak berulang sehingga parti terpaksa kehilangan 11,000 anggota sama ada meninggalkan parti atau dipecat kerana masalah disiplin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER