top of page

Pemilihan peluang jumpa terus anggota KEADILAN



Pemilihan KEADILAN 2022 memberi kesempatan kepada pimpinan untuk berjumpa terus anggota bawahan dan mengeratkan hubungan.


Hal itu diungkapkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam program Majlis Berbuka Puasa Anjuran Menteri Besar Negeri Sembilan, petang semalam.


Katanya, turun padang perlu dilakukan lebih awal dan sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15


"Bila ada pemilihan berjumpa terus ahli. Suka tak suka kita kena turun padang lebih awal dari pilihan raya. Bayangkan kalau kita turun terus pilihan raya, datangkan masalah kepada kita.


"Kelompok tertentu pimpinan di peringkat cabang sahaja yang kita berlegar legar, tetapi di peringkat bawah, ahli biasa kita tak menyantuni merkea.


"Akhirnya ada yang rasa kecil hati, inilah yang berlaku dalam pilihan raya negeri lepas," katanya.


Menurut Aminuddin lagi, pemilihan 2022 perlu dilakukan kerana parti tidak boleh dibiarkan lebih lama lompong tanpa jawatan utama diisi dan menjejaskan prestasi KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum.


"Pemilihan ini penting, kita sedia maklum parti di peringkat pimpinan tak ada timbalan presiden. Kita ada beberapa kekosongan naib presiden dan juga majlis pimpinan tertinggi.


"Dengan ada pemilihan, jawatan ini akan diisi dan memberi satu ruang yang baik, beri kekuatan kepada parti terus ke hadapan," katanya.


Bagaimanapun, beliau berharap pemilihan kali ini akan lebih tenteram dan tidak berlaku ketegangan yang memecah belahkan parti sebagaimana 2018 lalu


"Saya harap pemilihan berlaku dalam keadaan yang baik dan beretika. Kita yakin dengan persaudaraan yang telah kita bina lama. Kita bina sejak 1998. Biarlah berterusan sampai bila bila," katanya lagi.


0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page