top of page

Pemilihan Pas: Tiada pencalonan atau bimbang disisih dari parti?



Oleh: Abdullah Zaid


Pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69 tahun ini yang dibalut kontroversi sama ada mahu mempertandingan jawatan tertinggi, sementara beberapa pemimpin Pas berkata tiada pertandingan kerana tiada pencalonan dibuat, mungkin berpunca daripada demokrasi yang sudah layu dalam parti itu.


Menurut Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ahmad Awang, berkemungkinan sikap enggan mencalonkan pencabar bagi jawatan utama dalam Pas berpunca daripada pihak yang bercita cita khuatir akan menerima nasib sebagaimana mereka yang hari ini menubuhkan AMANAH.


"Tak perlu jawab, Pas begitulah, siapa yang menentang (bertanding) akan menerima nasib macam kami.


"Kalau bertanding pun, akan dilabel dengan pelbagai tohmahan seperti liberal dan dipandang serong," katanya.


Mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia itu pernah bertanding pada 2015 menentang Presiden Pas, Hj Hadi Awang. Manakala Datuk Seri Mohamad Sabu ketika itu mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden.


Kedua dua mereka dan pasukan yang dilabel golongan 'pro Anwar' kalah dalam pemilihan dan kemudian meninggalkan Pas akibat tekanan dalaman yang amat kuat lalu menubuhkan Parti Amanah Negara.


Ahmad dalam pada itu menyifatkan pemikiran Pas dalam menentukan hirarki kepimpinan parti itu lebih mirip kepada konsep Syiah yang berpendapat imam atau presiden tidak boleh ditukar ganti.


"Dalam konteks kempimpinan, menyerupai fahaman Syiah kerana Imam (ketua ulama Syiah) tidak boleh diganti (kecuali kematian).


"Tetapi dalam politik Syiah pun ada pilihanraya untuk memilih presiden dan jawatan tertinggi, jadi mereka lebih Syiah,” ujarnya.


Kali terakhir Pas mempertandingkan jawatan tertinggi parti itu adalah pada muktamar Jun 2015.


Wujud persaingan dua arus pemikiran pada waktu itu. Iaitu untuk mengekalkan Pas dalam Pakatan Rakyat atau menuruti pasukan Hj Hadi yang tidak mahu bersama KEADILAN dan DAP.


Namun cabaran tersebut berakhir apabila pasukan progresif Pas dikalahkan semuanya dalam pemilihan yang kontroversi.


Susulan itu, pada 16 September 2015, Parti Amanah Negara ditubuhkan sebagai parti Islam baharu yang kemudian membentuk Pakatan Harapan (PH).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page