top of page

Logo PH lambang kesatuan, UPKO tidak wajar guna logo sendiri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 2
  • 1 min read
Logo HARAPAN menjadi simbol pengenalan PH dalam setiap pilihanraya sejak 2020
Logo HARAPAN menjadi simbol pengenalan PH dalam setiap pilihanraya sejak 2020

Cabang KEADILAN Penampang menegaskan bahawa semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) sewajarnya menggunakan logo rasmi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 17 tanpa sebarang pengecualian, termasuklah Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang melontarkan cadangan mahu menggunakan logo sendiri.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Penampang, Eldridge Laurence Timis berkata rekod pilihanraya lepas membuktikan bahawa penggunaan logo individu parti tidak membawa kejayaan.


"Dalam PRN Sabah lalu, UPKO bertanding di 12 kerusi tetapi hanya menang satu kerusi iaitu Kadamaian.


"Rekod ini membuktikan logo UPKO gagal meyakinkan majoriti pengundi," katanya dalam kenyataan media.


Beliau menegaskan bahawa keputusan Majlis Presiden PH adalah muktamad, iaitu semua parti komponen bertanding menggunakan logo PH.

Eldridge Laurence Timis
Eldridge Laurence Timis

"Logo PH adalah lambang kesatuan dan kekuatan gabungan. Menggunakan lebih daripada satu logo hanya akan mengelirukan pengundi, khususnya di kawasan luar bandar," katanya.


Menurut Eldridge, disiplin parti komponen amat penting bagi memastikan gabungan kekal utuh, selain menzahirkan semangat kekeluargaan dalam PH.


"Semua parti komponen perlu menghormati keputusan konsensus. Tindakan berbeza hanya melemahkan gabungan. UPKO sebagai ahli keluarga besar PH seharusnya menjunjung semangat kebersamaan ini," katanya lagi.


Tegas beliau, Cabang Penampang berdiri teguh menyokong keputusan Majlis Presiden PH dan menyeru semua rakan komponen bersatu di bawah logo PH.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page